Pendapatan Orange meningkat

Pendapatan Orange meningkat

PARIS, 26 Julai – Kumpulan telekomunikasi Perancis, Orange berkata hari ini keuntungan bersihnya hampir tiga kali ganda pada separuh pertama tahun ini kepada 3.2 bilion euro (AS$3.5 bilion), disebabkan jualan kepada operator Britain, EE.

Dengan kadar penyerapan tinggi mudah alih generasi keempat (4G) dan sambungan jalur lebar pantas serta jualan meningkat, ketua eksekutif Orange berkata syarikat itu mempunyai momentum yang diperlukan untuk meningkatkan keuntungan operasi.

“Hasil separuh pertama sekali lagi mengesahkan momentum positif kumpulan itu, membolehkan kami menyatakan semula objektif pertumbuhan” dalam langkah sendiri syarikat ke atas keuntungan operasi pada tahun ini, kata Stephane Ricard dalam satu kenyataan.

Jualan meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada 20.1 bilion euro dalam separuh pertama tahun ini, meningkat 0.3 peratus pada asas yang sama.

Keuntungan operasi menggunakan langkah sendiri syarikat merosot sebanyak 0.6 peratus kepada 5.9 kepada 5.9 bilion euro, namun meningkat sedikit pada suku kedua. – AFP