Pendapatan Ratu Elizabeth meningkat

Pendapatan Ratu Elizabeth meningkat

UNITED KINGDOM, 24 Julai – Ratu Elizabeth II dijangka mendapat pertambahan 18 peratus pendapatan dari estet Duchy of Lancester baginda tahun ini, mengikut akaun yang dikeluarkan semalam.

Keluarga diraja akan menerima 16 juta pound tahun ini, peningkatan 18 peratus dari tahun lalu, menurut akaun yang dikeluarkan oleh Duchy of Lancester.

Pendapatan bersih operasi estet itu bertambah tahun lalu kepada 16.6 juta pound, ‘tahap tertinggi pernah dicatatkan’, menurut akaun itu.

“Prestasi mantap bagi tahun ini telah tersebar di seluruh portfolio,” menurut laporan itu.

Liputan media Britain membandingkan kenaikan pendapatan dengan jumlah maksimum kenaikan gaji sektor awam yang diumumkan dalam belanjawan sederhana kerajaan awal bulan ini, yang menyusuli kekangan panjang ke atas gaji purata selepas krisis ekonomi.

Ratu Elizabeth (kiri) bersama Putera Philip dalam satu lawatan di timur London. - Reuters
Ratu Elizabeth (kiri) bersama Putera Philip dalam satu lawatan di timur London. – Reuters

Baginda Ratu juga akan menerima 40 juta pound dari hasil Estet Crown separa bebas, yang dibayar menerusi kerajaan Britain, kenaikan 5.7 peratus dari tahun lalu.

Pembiayaan Estet Crown meliputi kos mengendali keluarga baginda ratu sebagai pemimpin negara, manakala Duchy of Lancaster membayar perbelanjaan persendirian Baginda dan senggaraan keluarga baginda.

Duchy memasukkan blok-blok hartanah di tengah London, sepuluh istana kota, dan juga tanah ladang, rumah, kuari, padang golf dan premis komersial di seluruh England dan Wales.

Baginda ratu tidak perlu membayar cukai, tetapi baginda telah menyumbang jumlah yang tidak diketahui sejak 1993.

Putera baginda, yang juga pewaris takhta, Putera Charles memiliki estet besar persendiriannya sendiri sejak 1337 untuk menyara beliau. – AFP