Pendapatan tahunan Man United lumayan

Pendapatan tahunan Man United lumayan

LONDON, 12 Sept – Manchester United menjadi kelab pertama Britain untuk meraih lebih daripada setengah bilion pound dalam setahun selepas mengumumkan pada hari ini pendapatan keseluruhan 515.3 juta pound (AS$683.5 juta, 608.9 juta euro) bagi tahun akhir 30 Jun, 2016.

Kelab gergasi Liga Perdana itu juga mengumumkan rekod keuntungan operasi sebanyak 68.9 juta pound.

Bagaimanapun, pendapatan tahunan United kekal kurang daripada pendapatan yang diumumkan oleh Barcelona pada Julai iaitu 570 juta pound (AS$762 juta).

United meneruskan kejayaan kewangan, meskipun tidak memenangi Liga Perdana musim lepas dan gagal untuk layak bagi Kejohanan Liga Juara-juara Eropah, membenarkan pengurus baru Jose Mourinho membelanjakan rekod dunia kemasukan pemain midfield Paul Pogba bernilai 89 juta pound dari kelab Itali Juventus ketika musim pertukaran pemain.

Meskipun United memenangi Piala FA, mengakhiri di tangga kelima pada musim Liga Perdana 2015/16 menyebabkan pengurus Belanda Louis van Gaal dipecat dan digantikan dengan bekas bos Chelsea Mourinho. – AFP