Pendatang Afghan maut ditembak pengawal

Pendatang Afghan maut ditembak pengawal

SOFIA, 16 Okt (AFP) – Seorang migran Afghanistan ditembak oleh pengawal sempadan Bulgaria ketika cuba menyeberangi dari Turki dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, kata kementerian dalam negeri itu hari ini.

Ia adalah kematian yang pertama mengenai tembalan polis sejak awal krisis yang menyaksikan kemasukan beratus ribu penghijrah ke Eropah, dan berlaku ketika EU dan Turki mencapai persetujuan untuk menghentikan pengaliran masuk tersebut.

Mangsa adalah diantara sekumpulan dari 54 penghijrah yang dikesan oleh peronda berhampiran bandar tenggara Sredet yang berdekatan dengan sempadan Turki lewat semalam, kata seorang pegawai kanan dikementerian dalam negeri, Georgy Kostov.

Mereka “tidak patuh” arahan polis untuk berhenti, katanya. ‘Tidak seorang pun dai penghijrah bersenjata, tetapi mereka memberikan tentangan.