Pendatang bakar tempat berlindung di Greece

Pendatang bakar tempat berlindung di Greece

ATHENS, 7 Jun – Berpuluh-puluh pemohon suaka membakar pusat pendatang di pulau Chios, Greek semalam, kerana marah mereka ditahan di sana, kata sumber polis.

Kira-kira 40 pencari suaka membakar dua khemah besar yang dibina kumpulan kemanusiaan dan juga tong sampah di pusat Souda itu, sumber itu berkata, sebagai bantahan terhadap permohonan yang lambat diproses.

Pertempuran tercetus beberapa kali sejak beberapa hari lalu di penempatan pelarian asing di pulau Greek, di mana sekitar 8500 orang ditahan.

Ratusan ribu orang kebanyakannya melarikan diri daripada konflik di Syria dan Iraq menyeberang ke Greece daripada Turki tahun lalu dengan harapan untuk memulakan kehidupan baru di utara Eropah.

Tetapi perjanjian kontroversi antara Turki dan Kesatuan Eropah (EU), direka untuk menghentikan kemasukan, menyaksikan pendatang yang tiba sejak 20 Mac lalu dihalang daripada meninggalkan pulau-pulau berkenaan.

Di bawah perjanjian itu ia mereka boleh dihantar pulang ke Turki, tetapi kebanyakan memfailkan untuk mendapatkan perlindungan di Greece dalam usaha mengelak pihak berkuasa pulau.

Sejak ketegangan meningkat, enam orang cedera dalam pertempuran antara kumpulan asing yang berbeza di Samos pada Khamis, manakala pertempuran sama menyebabkan berpuluh orang cedera di Lesbos malam sebelumnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA