Pendatang Cuba akhirnya tinggalkan Costa Rica

Pendatang Cuba akhirnya tinggalkan Costa Rica

SAN LUIS TALPA, El Salvador, 13 Jan (AFP) – Sekumpulan terdiri dari 180 pengdatang Cuba berlepas meninggalkan Costa Rica semalam dan tiba di El Salvador dalam rancangan percubaan yang dibentuk untuk membentuk laluan untuk diikuti oleh beribu-ribu orang lagi warga Cuba yang terkandas.

Warga-warga Cuba akhirnya akan pergi ke AS, yang mempunyai dasar yang lama dipegang yang menerima mereka, dalam apa yang mereka harapkan akan menjadi penamatan berjaya perjalanan penuh peristiwa mereka melalui Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Jika perjalanan mereka dengan menaiki kapal terbang dan bas berjaya, penerbangan lain akan menyusul seawal-awalnya minggu depan, yang membawa lagi dari bilangan 7,600 orang warga Cuba yang terkandas di Costa Rica.

Jambatan udara, yang diaturkan oleh kerajaan-kerajaan Amerika Latin dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Pendatang (IOM), menjadi perlu apabila jiran utara Costa Rica, Nicaragua, sekutu Cuba, menutup sempadannya kepada pendatang Cuba pada pertengahan November lalu.

Pendatang Cuba tiba di El Salvador dari Costa Rica untuk menaiki bas bagi perjalanan ke sempadan Guatemala-Mexico di Lapangan Terbang Antarabangsa El Salvador di San Luis Talpa. – Reuters
Pendatang Cuba tiba di El Salvador dari Costa Rica untuk menaiki bas bagi perjalanan ke sempadan Guatemala-Mexico di Lapangan Terbang Antarabangsa El Salvador di San Luis Talpa. – Reuters

Kumpulan seramai 180 orang menaiki pesawat udara carter di Liberia, bandar utara Costa Rica berhampiran sempadan Nicaragua.

Mereka tiba lebih sejam kemudian di lapangan terbang antarabangsa El Salvador di tenggara bandar San Salvador, turun dengan mengukir senyuman dan membawa bersama beg-beg kecil.

Menteri Luar Hugo Martinez dan para pegawai imigresen menyambut mereka ketika mereka membayar cukai masuk AS$60. Bas-bas menanti untuk membawa mereka ke negara jiran Guatemala dengan iringan polis.

Selepas menyeberangi Guatemala, warga-warga Cuba itu akan diturunkan di sempadan dengan Mexico dengan visa 20 hari untuk membawa haluan mereka sendiri ke sempadan AS dan ke mana yang mereka harapkan akan menjadi kehidupan baru di Amerika.