Pendatang di Paris dikerah beredar

Pendatang di Paris dikerah beredar

PARIS, 23 Okt (Reuters) – Polis mula mengarahkan beratus-ratus pelarian dan pendatang untuk beredar daripada bangunan sekolah menengah yang kosong di Paris awal hari ini, mengakhiri empat bulan penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat tinggal mereka.

Pegawai mengepung kawasan itu sebelum subuh sebagai penduduk, termasuk pendatang dari Afghanistan, Eritrea dan orang yang mempunyai masalah lainnya, berkumpul dengan tenang dalam kawasan sekolah menunggu bas untuk menjemput mereka.

Polis di tempat kejadian enggan mengulas mengenai operasi atau mengatakan di mana pendatang telah pergi.

Kira-kira 100 pendatang berpindah ke bangunan kosong Lycee Jean-Quarre di arrondissement ke-19 di utara ibu negara pada Julai lalu. Angka bilangan mereka dijangka akan meningkat lagi kepada lebih 700 orang.

Polis Perancis sedang mengarahkan pendatang untuk mengosongkan tempat yang diduduki mereka selama 4 bulan di Paris hari ini. - Reuters
Polis Perancis sedang mengarahkan pendatang untuk mengosongkan tempat yang diduduki mereka selama 4 bulan di Paris hari ini. – Reuters

Pada September lalu, mahkamah Perancis telah memberikan mereka tempoh selama sebulan untuk meninggalkan premis itu, di mana pihak berkuasa bandar berharap untuk mengubahsuainya menjadi tempat perlindungan sementara bagi pendatang dan, akhirnya menjadi sebuah perpustakaan.

Pemimpin Eropah telah berjuang untuk bersetuju mengenai strategi bagi menangani peningkatan pendatang asing di sempadan mereka dari Syria dan kawasan-kawasan yang dilanda peperangan lain di Timur Tengah dan Afrika.