Pendatang muda terbunuh di lebuh raya

Pendatang muda terbunuh di lebuh raya

LILLE, Perancis, 4 Dis (AFP) – Seorang remaja pendatang meninggal dunia apabila dia dilanggar oleh van di lebuh raya yang dekat dengan Channel Tunnel berhampiran Calais kelmarin, menjadi orang ke-18 yang meninggal dunia kerana cuba untuk sampai ke Britain dari utara pelabuhan Perancis sejak Jun.

Sebuah van melanggar warga Sudan berusia 16 tahun di lebuh raya yang menghubungkan terowong ke pelabuhan Calais lewat petang kelmarin, menurut perkhidmatan kecemasan.

Kira-kira 200 orang berkumpul di Channel Tunnel untuk menaiki kenderaan yang membawa barangan sebelum dihalang oleh pasukan keselamatan, kata jurugambar AFP.