Pendatang mula dipindahkan dari kem sempadan Macedonia

Pendatang mula dipindahkan dari kem sempadan Macedonia

POLYKASTRO, Greece, 13 Jun (AFP) – Polis Greece hari ini memulakan gerakan untuk memindahkan para pendatang dari kem sementara di Polykastro di sempadan dengan Macedonia ke satu tempat yang baru, seorang pegawai polis tempatan memberitahu kepada AFP.

Beberapa buah bas penuh dengan pendatang dan akan dipindahkan ke pusat penerimaan di tempat lain di rantau ini, kata sumber itu.

“Semua berjalan dengan tenang buat masa ini,” kata seorang pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan, sambil menambah 300 pegawai polis telah terlibat dalam pemindahan itu.

Penyelesaian sementara, Kira-kira 20 kilometer (12 batu) dari sempadan dengan Macedonia, mengumpulkan se-kitar 1,800 orang, kebanyakan mereka Kurd Syria.

Terletak di sekitar stesen pengisian minyak, Greece menutup kem asing terbesar di bandar sempadan Idomeni itu bulan lalu, kira-kira 12,000 orang telah dipindahkan dari kem tersebut.

Beberapa buah bas dipenuhi dengan pendatang yang akan dipindahkan ke pusat penerimaan di tempat lain di rantau ini. Polis Greece memulakan gerakan untuk memindahkan para pendatang dari kem sementara di Polykastro di sempadan Macedonia semalam. – AFP
Beberapa buah bas dipenuhi dengan pendatang yang akan dipindahkan ke pusat penerimaan di tempat lain di rantau ini. Polis Greece memulakan gerakan untuk memindahkan para pendatang dari kem sementara di Polykastro di sempadan Macedonia semalam. – AFP

Penutupan kem adalah sebahagian daripada strategi Greece untuk mencegah penempatan pendatang dalam keadaan tidak selesa selepas negara-negara EU mula membuat sekatan sempadan terhadap Influx para pendatang.

Sekitar 49,000 pendatang – istilah yang termasuk orang yang mencari perlindungan – tersekat di Greece.

Yang lainnya seramai 8,500 orang pula berada di pulau-pulau Laut Aegean Greece, di bawah perjanjian 20Mac lalu antara Kesatuan Eropah dan Turki yang membolehkan orang yang tidak memfailkan suaka di Greece untuk dihantar balik ke Turki.

ARTIKEL YANG SAMA