Pendawaian tersepit, kedai butik dijilat api

Pendawaian tersepit, kedai butik dijilat api

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Sebuah kedai butik di Bangunan Kompleks Q-Lap, Simpang 88, Kampung Kiulap, terjejas dalam kejadian kebakaran yang dipercayai berpunca daripada kerosakan pendawaian penyambungan mudah alih yang tersepit oleh pintu gelongsor.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12:09 tengah hari tadi dan telah mengerahkan enam orang anggota berserta dua jentera bomba dengan diketuai Penolong Pegawai Balai, Haji Mohammad bin Tarip.

Apabila tiba di tempat kejadian, anggota bomba dan penyelamat mendapati asap tebal keluar dari tingkat atas bangunan tersebut, namun mereka berjaya mengawal kebakaran dengan baik sebelum merebak.

Kebakaran di salah sebuah kedai yang terletak di Bangunan Kompleks Q-Lap, Kiulap.
Kebakaran di salah sebuah kedai yang terletak di Bangunan Kompleks Q-Lap, Kiulap.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan jumlah kerugian belum lagi diketahui.

Pasukan Polis Diraja Brunei juga berkejar ke tempat kejadian bagi menjaga dan mengawal keselamatan orang awam dengan menutup jalan-jalan berhampiran dengan bangunan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA