Pendedahan berguna Easy Way di Manila

Pendedahan berguna Easy Way di Manila

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Sebagai persiapan untuk menyertai Piala Bola Keranjang Bandar Borneo yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, pada hujung November nanti, pasukan bola keranjang wanita Easy Way memperoleh pendedahan berguna melalui perlawanan persahabatan menentang pasukan bola keranjang wanita Emilio Aguinaldo College (EAC) di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Pasukan Easy Way tewas tipis kepada Pasukan EAC, 79-72 dalam perlawanan yang penuh debaran di mana pemain Easy Way, Nur Hafizah binti Haji Abdul Sidek menunjukkan prestasi yang amat baik dalam perlawanan itu.

Pasukan Easy Way yang dilatih oleh Jurulatih Nomar Angeles Isla menyatakan penghargaan kepada para penaja yang banyak memberikan sokongan kepada pasukan tersebut iaitu Easy Way, Jasra Harrison, Muara Gas Company, HSE Engineering dan Persatuan Bola Keranjang Brunei.

Pasukan Easy Way dan Pasukan EAC bergambar ramai selepas perlawanan persahabatan yang diadakan di Manila, Filipina, baru-baru ini.
Pasukan Easy Way dan Pasukan EAC bergambar ramai selepas perlawanan persahabatan yang diadakan di Manila, Filipina, baru-baru ini.