Pendedahan bidang penyiaran TV dan Radio

Pendedahan bidang penyiaran TV dan Radio

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Rombongan seramai 15 pelajar dari Kolej Antarabangsa IGS yang mengambil jurusan Diploma dalam bidang Multimedia, Pengiklanan dan Penyiaran, hari ini, telah mengadakan lawatan kerja ke Radio Televisyen Brunei (RTB), di sini.

Sebagai pendedahan dunia media sebenar di negara ini, para pelajar diberikan peluang menyaksikan sendiri pelbagai aktiviti dan kerja di belakang tabir radio dan televisyen di RTB.

Pensyarah IGS, Haji Hasnul Hamdani yang mengetuai rombongan itu, berkata lawatan itu bertujuan untuk mendedahkan bidang penyiaran TV dan Radio dari segi teknikal dan kerja-kerja penyiaran selaras dengan bidang diploma yang mereka ikuti.

Para pelajar IGS bergambar ramai di studio Rampai Pagi, RTB semasa lawatan tersebut.
Para pelajar IGS bergambar ramai di studio Rampai Pagi, RTB semasa lawatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA