Pendedahan Dennis Hastert yang menjijikkan

Pendedahan Dennis Hastert yang menjijikkan

WASHINGTON, 10 April (AFP) – Bekas speaker dewan Dennis Hastert, yang pernah menjadi antara tokoh politik Amerika yang paling dihormati, berdepan lebih banyak keaiban terbuka selepas pihak pendakwa mendedahkan butiran menjijikkan tentang dakwaan penganiayaan seksual ketika dia menjadi seorang guru sekolah tinggi dan jurulatih gusti.

Hastert didakwa mencabul kehormatan murid-murid sekolah lelaki yang usia mereka semuda-mudanya 14 tahun dan bersetuju untuk membuat pembayaran rahsia berjumlah AS$3.5 juta kepada seorang mangsa. Itu adalah kejatuhan mendadak dari keaiban bagi seorang lelaki yang pernah diletakkan pada barisan kedua ke jawatan presiden.

Semalam peguam Hastert berkata anak guamnya mengakui dia telah melakukan ‘pencabulan’ lalu, tetapi enggan menghuraikan perlakuan-perlakuan itu. Kenyataan itu dibuat sehari selepas pihak pendakwa persekutuan membutirkan buat pertama kali dakwaan lima orang bekas pelajar sekolah tinggi tentang penganiayaan yang telah berlaku apabila Hastert mengajar dan menjadi jurulatih gusti di Sekolah Tinggi Yorkville di Illinois dari tahun 1950an hingga awal 1980an sebelum kariernya dalam kongres.

Penganiayaan Hastert terdiri dari ‘menyentuh dengan niat bahagian kelengkang murid di bawah umur dan alat kelamin atau seks oral denngan murid di bawah umur,” menurut pihak pendakwa, yang mengecam hipokrasi mengejutkan Hastert.

Gambar fail bertarikh 22 Jun 2013 menunjukkan Dennis Hastert pada mesyuarat tahunan tentangan Iran di Villepinte, berhampiran Paris. – AFP
Gambar fail bertarikh 22 Jun 2013 menunjukkan Dennis Hastert pada mesyuarat tahunan tentangan Iran di Villepinte, berhampiran Paris. – AFP

Statut pengehadan telah lama diluluskan berhubung dakwaan penganiayaan, dengan itu Hastert hanya didakwa melanggar peraturan kewangan. Pelobi Republikan berusia 74 tahun itu mengaku bersalah pada Oktober lalu kerana secara haram menyusun semula pengeluaran bank dalam tempoh empat tahun setengah yang dikenal pasti oleh pihak pendakwa sebagai duit kopi.

Dia memberitahu ejen-ejen kerajaan dia diperas ugut oleh seseorang yang dengan salah menuduhnya melakukan penganiayaan, tetapi perbualan yang dirakam antara dia dan orang yang dikenal pasti sebagai ‘individu A’ mengundang keraguan terhadap dakwaan.

Akhirnya, Hastert telah membayar individu AS sejumlah AS$1.7 juta – kira-kira separuh jumlah yang dipersetujui – antara tahun 2010 dan 2014 dalam pembayaran biasa yang hanya berhenti apabila kerajaan mula menyiasatnya.

Pada sesi pendengaran keputusan hukuman yang dijadualkan pada 27 April, pihak pendakwa dijangka meminta hukuman enam bulan ke atas ahli undangan Illinois itu, dengan mengambil kira keuzurannya kerana Haster mengalami strok selepas mengaku bersalah.