Pendedahan lanjut tiga lokasi bersejarah

Pendedahan lanjut tiga lokasi bersejarah

Oleh Lenna N.B

 

Bandar Seri Begawan, 1 Nov – Seramai 20 calon Sarjana Sastera Melayu, di bawah penyeliaan Dr. Maslin bin Haji Jukim akan mengetengahkan hasil penyelidikan mereka mengenai tiga lokasi bersejarah di negara ini dalam Pameran Tradisi Lisan yang bakal diadakan di Dewan Pusat Pelajar, Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 3 November ini.

Pada pameran anjuran Program Kesusasteraan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PBKKM), Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), UBD, itu akan menampilkan tentang Batu Tarsilah, Makam Sultan Bolkiah dan Makam Raja Ayang melalui fakta sejarah dan perspektif tradisi lisan.

Pengurus projek pameran berkenaan, Awang Rasli bin Taram menjelaskan, sebelum ini mereka telah berjaya mengadakan Seminar Tradisi Lisan sekitar pertengahan bulan Oktober lalu.

Awang Rasli semasa diwawancara mengenai pameran yang akan diadakan.
Awang Rasli semasa diwawancara mengenai pameran yang akan diadakan.

“Kali ini pula kami mengadakan pameran kerana ia merupakan pendekatan yang mudah untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai penemuan kami dalam melakukan penyelidikan lanjut ke atas ketiga-tiga lokasi tersebut dengan berdasarkan bukti-bukti yang ada,” ujarnya.

Selain pameran mengenai tapak-tapak sejarah tersebut, orang ramai juga berpeluang menyaksikan sedutan rakaman sebalik penyelidikan serta tayangan dokumentari siri Legenda.

Pameran berkenaan akan dibukakan kepada kunjungan ramai dari jam 10 pagi hingga 4:30 petang.

ARTIKEL YANG SAMA