Pendedahan pelajar melalui Program ‘Minal Madrasah Ilal Masjid’

Pendedahan pelajar melalui Program ‘Minal Madrasah Ilal Masjid’

BANDAR SERI BEGAWAN – Bahagian Ko-Kurikulum, SMALHB telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program ‘Minal Madrasah Ilal Masjid’ buat kali kedua pada tahun ini. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dengan masyarakat dalam aktiviti keagamaan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan Amali Ibadah yang dipelajari di sekolah. Seramai 50 orang pelajar menyertai program tersebut yang diadakan di Masjid Kampung Salambigar.

Objektif utama program

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang cintakan Allah dan Rasul-Nya di samping mendekatkan hati dan jiwa pelajar dengan masjid. Program bermula dengan solat fardu Maghrib dan Isyaa berjemaah, solat Hajat, membaca Surah Yasin dan Tahlil, solat Taubat, peraduan hafazan secara berkumpulan dan penyampaian cenderahati dan Waqaf yang disampaikan oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Ustazah Hajah Norjainah binti Haji Buntar, kepada imam masjid berkenaan.

Seterusnya, para pelajar mengerjakan Qiyamullail dengan menunaikan solat sunat Tahajjud dan sunat ‘Quatul hifzi’, solat subuh berjemaah dan bacaan Surah Al-Kahfi. Acara pagi pula dimulakan dengan solat sunat Dhuha dan seterusnya senaman ringan.

Sebelum program berakhir, para pelajar bergotong royong membersihkan dalam dan luar masjid berkenaan. Pihak sekolah seterusnya berharap program ini akan dapat mencapai objektifnya serta memupuk budaya kerja berkumpulan kepada para pelajar sebelum mereka menceburkan diri di alam pekerjaan.

Program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang cintakan Allah dan Rasul-Nya di samping mendekatkan hati dan jiwa pelajar dengan masjid.
Program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang cintakan Allah dan Rasul-Nya di samping mendekatkan hati dan jiwa pelajar dengan masjid.

ARTIKEL YANG SAMA