Pendedahan teknik persembahan dikir

Pendedahan teknik persembahan dikir

Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 18 April – Sebagai langkah ke arah mengekalkan budaya Dikir Brunei untuk terus dijadikan sebagai satu khazanah kebudayaan beragama yang sudah lama diamalkan di negara ini, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait telah menganjurkan Bengkel Dikir Brunei (Asyaraqal Jawi) di Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait, hari ini.

Bengkel anjuran bersama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Muhammad Jamalul Alam bagi pegawai-pegawai masjid Daerah Belait, ahli-ahli jawatankuasa takmir dan jemaah masjid di Daerah Belait itu dikendalikan oleh dua tenaga pengajar, iaitu Imam Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, Haji Muslim bin Haji Abd Razak dan Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad.

Penganjuran bengkel antara lain bertujuan bagi memberikan pendedahan serta peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik dan kaedah mempersembahkan dikir.

Di samping itu, untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu bacaan dan seterusnya menggalakkan para peserta supaya akan terus mempelajari dan menguasai lagu-lagu dikir.

Antara peserta Bengkel Dikir Brunei (Asyaraqal Jawi) bagi pegawai-pegawai Masjid Daerah Belait,yang diadakan di Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait.
Antara peserta Bengkel Dikir Brunei (Asyaraqal Jawi) bagi pegawai-pegawai Masjid Daerah Belait,yang diadakan di Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA