Pendedahan tidak senonoh boleh didenda

Pendedahan tidak senonoh boleh didenda

SYDNEY, 26 Sept – Anggapkannya sebagai satu amaran kepada penyumbaleweng – sebuah negeri Australia telah menyenaraikan “pendedahan punggung atau berbogel” sebagai contoh kesalahan yang boleh didenda di bawah undang-undang.

Peguam Negara Victoria Martin Pakula berkata hari ini terdapatnya kesalahan pendedahan tidak senonoh yang sepatutnya melindungi mereka yang memilih untuk berbogel di khalayak ramai.

Namun “pendedahan punggung” dan “berbogel” kini dipetik sebagai contoh dalam Rang Undang-undang Pindaan (Kesalahan Seksual) Jenayah yang meminda lebih daripada 50 jenayah dan diluluskan pada 1 September – memisahkan bentuk pendedahan tidak senonoh yang bersifat melucukan daripada kebogelan seksual yang serius.

“Dalam konteks memisahkan dua kesalahan berkenaan, kami telah memberikan contoh mengenai apa yang mungkin terjatuh dalam setiap kategori,” beritahu Pakula kepada stesen radio Melbourne 3AW.

“Kami tidak mahu satu situasi di mana seseorang yang mungkin berbogel pada kriket diletakkan dalam kategori kesalahan yang sama dengan seseorang yang mungkin melompat keluar di depan seorang budak perempuan berusia 13 tahun dan mendedahkan kemaluan,” kata beliau.

“Ia adalah kesalahan yang berlainan dan badan perundangan untuk kali pertama menjelaskannya.”

Namun penulis Lucy Valentine menulis di Twitter bahawa ia menunjukkan “keadaan yang terlalu melampau,” berseloroh pendedahan punggung dan berbogel adalah “dua perbuatan asas keingkaran awam.”

“Ciri-ciri komedi punggung warga Australia merupakan budaya yang berakar-umbi, dan di mana saya enggan membenarkannya diperkecilkan,” tulisnya dalam artikel untuk penyiar SBS.

Beliau berkata ketika satu lawatan oleh Ratu Britain Elizabeth II pada 2011, seorang lelaki menunjukkan punggungnya kepada ratu berperlembagaan itu ketika lawatannya di Brisbane, dilaporkan dengan bendera Australia diletak di antara punggungnya yang terdedah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA