Pendidikan diberi perhatian

Pendidikan diberi perhatian

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bidang pendidikan terus mendapat perhatian keluarga diraja apabila Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik hari ini berkenan mengadakan lawatan kerja ke kelas tuisyen Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bangunan  Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA) UBD dan Pusat Kelas Tuisyen, Sekolah Menengah YSHHB.

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) ke kelas tuisyen PIP di ILIA dijunjung Menteri Pendidikan,  Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama pegawai dan kakitangan di pusat berkenaan dan juga pegawai Yayasan.

Yang Teramat Mulia berkenan mendengar taklimat mengenai perkembangan Sekolah YSHHB yang disembahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Yayasan.

Ia diikuti dengan sembah taklimat mengenai PIP oleh Pengarah Urusan Yayasan, Haji Brahim bin Haji Ismail yang sedikit sebanyak menyentuh mengenai penubuhan Sekolah YSHHB dan PIP sebagai usaha Yayasan untuk mengembangkan pendidikan dan pembangunan modal insan selaras dengan falsafah pendidikan di Negara Brunei Darussalam.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berinteraksi dengan murid-murid semasa berangkat mengadakan lawatan ke kelas tuisyen Program Intervensi Pendidikan YSHHB di Bangunan ILIA, UBD kelmarin.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berinteraksi dengan murid-murid semasa berangkat mengadakan lawatan ke kelas tuisyen Program Intervensi Pendidikan YSHHB di Bangunan ILIA, UBD kelmarin.

pg04_160530_a

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat bagi lawatan kerja ke kelas tuisyen Program Intervensi Pendidikan di Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), UBD.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat bagi lawatan kerja ke kelas tuisyen Program Intervensi Pendidikan di Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), UBD.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke SM YSHHB. - Gambar Infofoto
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke SM YSHHB. – Gambar Infofoto
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat bagi lawatan kerja ke Pusat Kelas Tuisyen Program Intervensi Pendidikan di SM YSHHB. - Gambar Infofoto
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat bagi lawatan kerja ke Pusat Kelas Tuisyen Program Intervensi Pendidikan di SM YSHHB. – Gambar Infofoto

pg04_160530_e

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan beramah mesra ketika lawatan ke SM YSHHB. - Gambar Infofoto
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan beramah mesra ketika lawatan ke SM YSHHB. – Gambar Infofoto

pg04_160530_g

YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai bersama pelajar yang mengikuti Program Intervensi Pendidikan di ILIA, UBD.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan bergambar ramai bersama pelajar yang mengikuti Program Intervensi Pendidikan di ILIA, UBD.

pg04_160530_i pg04_160530_j

Menurutnya lagi, PIP juga mempertingkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan pelajar cemerlang dari Sekolah YSHHB dengan mengambil perhatian terhadap pencapaian pelajar daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak yang lemah dalam pelajaran serta memerlukan bimbingan di bawah PIP yang kini dilaksanakan di seluruh negara.

Yang Teramat Mulia seterusnya dijunjung berangkat meninjau kelas-kelas tuisyen bagi menyaksikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bawah PIP di ILIA.

Seterusnya, Yang Teramat Mulia berangkat mengadakan lawatan kerja ke kelas-kelas tuisyen di Pusat Kelas Tuisyen di Sekolah Menengah YSHHB bagi meninjau lebih lanjut aktiviti di sana.

Semasa lawatan, Yang Teramat Mulia berkenan beramah mesra dengan sukarelawan Yayasan yang terlibat sebagai tenaga kerja dan pengajar dalam kelas tuisyen ini.

ARTIKEL YANG SAMA