Pendidikan perlu dimata-matai di rumah

Pendidikan perlu dimata-matai di rumah

TEMBURONG – Kerjasama Ibu bapa mahupun penjaga dalam memata-matai akan pembelajaran anak mereka di rumah sekali gus mendapatkan gambaran tentang perkembangan pelajar yang dijalankan secara berterusan agar kelemahan pelajar tidak terhimpun.

Itulah antara yang dijelaskan oleh Pengetua Sekolah Menengah Sultan Hassan (SMSH), Bangar, Awang Muhammad Yusof bin Haji Mohammad ketika Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Pelajar Tahun 9, 10 dan 11 yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

Beliau seterusnya menambah, dalam sistem pembelajaran yang berkuat kuasa pada masa ini, pelbagai pilihan program pendidikan disediakan mengikut kecenderungan serta keperluan dan kebolehan pelajar itu sendiri hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Ketika sesi tersebut dijalankan, beberapa orang guru disediakan untuk melayani para ibu bapa serta penjaga mengenai pembelajaran anak-anak mereka.

Ia selaras dalam pentingnya peranan seorang guru dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar di sekolah serta menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrument penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melaporkan serta membuat tindakan susulan. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Pengetua SMSH, Bangar Awang Muhammad Yussof ketika menyampaikan taklimat kepada Ibu Bapa serta Penjaga Pelajar SMSH Bangar.
Pengetua SMSH, Bangar Awang Muhammad Yussof ketika menyampaikan taklimat kepada Ibu Bapa serta Penjaga Pelajar SMSH Bangar.
Sebahagian ibu bapa serta penjaga memenuhi ruang Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar semasa majlis Menandatangani Rekod KemajuanPelajar.
Sebahagian ibu bapa serta penjaga memenuhi ruang Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar semasa majlis Menandatangani Rekod KemajuanPelajar.

ARTIKEL YANG SAMA