Pendidikan tunjang peradaban bangsa

Pendidikan tunjang peradaban bangsa

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Pendidikan merupakan tunjang utama dalam membangun peradaban bangsa dan mengembangmajukan ekonomi sebuah negara.

Melaluinya juga akan menentukan kedayatahanan sesebuah bangsa dalam mengharungi cabaran global yang serba tidak menentu.

Oleh itu, kesejahteraan bangsa dan kedayatahanan ekonomi bergantung kepada kualiti pendidikan berkualiti tinggi yang menyeimbangkan pendidikan duniawi dan ukhrawi.

Demikian menurut Presiden, Pengarah dan Pengetua Sekolah Nusa Laila Puteri (SNLP), Profesor Dr. Pengiran Amir Mohd Yussof bin Pengiran Abbas Al-Haj semasa berucap pada Majlis Konvokesyen Murid-murid Tahun 6 (PSR) yang berlangsung di Hotel Parkview Hotel, Jerudong, di sini, petang ini.

Salah seorang pelajar yang telah menerima sijilnya bergambar bersama ibu bapanya.
Salah seorang pelajar yang telah menerima sijilnya bergambar bersama ibu bapanya.
Salah seorang pelajar ketika menerima sijil pada majlis itu.
Salah seorang pelajar ketika menerima sijil pada majlis itu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Awang Reduan Ali.

Seramai 78 orang murid Tahun 6 dari cawangan-cawangan SNLP Kiulap, Gadong, Beribi dan Sungai Buloh serta tujuh dari Sekolah Nusa Jaya menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.

Seramai 12 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Menengah sekolah tersebut juga menerima hadiah atas prestasi pendidikan terbaik bagi sekolah tahun 2015.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan puisi, tausyeh, tarian dan koir oleh para pelajar dari SNLP.

ARTIKEL YANG SAMA