Penduduk Aleppo bimbang, rejim Syria terus mara

Penduduk Aleppo bimbang, rejim Syria terus mara

ALEPPO, Syria, 22 Nov – Pasukan tentera kerajaan Syria mara dengan pantas ke timur Aleppo yang dikuasai pemberontak semalam, ketika PBB meningkatkan kewaspadaan ekoran hampir sejuta orang hidup di bawah pengepungan di negara yang dicengkam peperangan itu.

Ketua bantuan PBB Stephen O’Brien memberitahu Majlis Keselamatan bahawa 974,080 orang kini tinggal di bawah pengepungan di Syria, lebih dua kali ganda bilangan dari enam bulan lalu.

Penilaian itu ekoran meningkatkan kebimbangan antarabangsa dengan nasib Aleppo, yang mana 250,000 orang terperangkap di timur bandar itu di bawah pengepungan kerajaan.

Rejim Presiden Bashar al-Assad hilang penguasaan di bahagian timur bandar kedua Syria kepada para pemberontak dalam tahun 2012, dan penawanannya semula adalah kemenangan terbesarnya dalam konflik kejam lima tahun di negara itu.

Pasukan pemberontak terus menerus kehilangan pengaruh sejak sekutu rejim, Rusia campur tangan untuk mengukuhkan kerajaan Assad tahun lalu. Mereka berdepan tamparan hebat baru Ahad lalu apabila pasukan kerajaan yang dibantu oleh tentera Iran dan Rusia dan para pejuang dari gerakan Syiah, Lubnan, Hizbollah memasuki daerah Masaken Hanano, Aleppo – kawasan pertama yang dikuasai pemberontak pada tahun 2012.

Orang awam lari menyelamatkan diri di tengah-tengah bangunan yang musnah di bandar Syria, Bensh, di pinggir Idlib, berikutan serangan udara oleh pesawat pejuang Syria dan Rusia kelmarin. – AFP
Orang awam lari menyelamatkan diri di tengah-tengah bangunan yang musnah di bandar Syria, Bensh, di pinggir Idlib, berikutan serangan udara oleh pesawat pejuang Syria dan Rusia kelmarin. – AFP

Pemerhati Syria bak Hak Asasi Kemanusiaan berkata penguasaan ke atas daerah timur laut Aleppo boleh memberikan kepada pasukan rejim kelebihan dan menyingkirkan pemberontak dari kawasan yang dikuasai pemberontak. Ketua kumpulan pemerhati Rami Abdel Rahman berkata itu adalah kemaraan terbesar yang pernah dibuat oleh pasukan rejim setakat ini di dalam timur Aleppo.

“Jika mereka menguasai Masaken Hanano, rejim itu akan mendapat kawalan garisan tembakan di beberapa kawasan yang dikuasai pemberontak dan akan dapat memisahkan bahagian utara Aleppo yang dikuasai pemberontak dari daerah-daerah lain yang dikuasai pihak pembangkang,” ujarnya.

Milad Shahabi, anggota majlis Masake Hanano, memberitahu AFP bahawa ‘orang awam mula lari meninggalkan kawasan itu’ tempat pertempuran masih berjalan di situ dan mereka menuju ke kawasan selatan. – AFP