Penduduk Australia masih berjaga-jaga hadapi banjir, ribut

Penduduk Australia masih berjaga-jaga hadapi banjir, ribut

PERTH, 31 Jan – Puting beliung yang menyeberangi pantai barat laut Australia awal hari ini semakin melemah meskipun beberapa komuniti pedalaman kecil dalam langkah berwaspada dan risiko ombak besar, banjir dan landaan ribut masih kekal.

Puting beliung Kategori 2 Stan mendarat kira-kira 120km timur laut pusat eksport bijih timah terbesar di dunia, Pelabuhan Hedland, dalam waktu awal pagi hari ini, menurut Biro Meteorologi Australia.

Puting beliung hanyalah salah satu peristiwa teruk cuaca yang dialami Australia pada hujung minggu, dengan beberapa peristiwa cuaca melanda negara.

Seorang lelaki terbunuh selepas dihanyutkan oleh air banjir semalaman di selatan Queensland, menurut polis negeri hari ini. Di New South Wales ribut kencang memusnahkan beberapa buah rumah manakala jalan raya banjir dan bekalan elektrik terputus di beberapa buah rantau.

Di Tasmania, kira-kira 80 kebakaran hutan berlaku kebanyakannya di barat negeri pulau itu sejak kilat menyambar pada 13 Januari, yang memusnahkan lebih 72,000 hektar hutan belukar, termasuklah pokok berusia 1,000 tahun di hutan yang tersenarai dalam Warisan Dunia.

Di timur Tasmania, komuniti-komuniti diberi amaran supaya bersiap sedia bagi kejadian banjir seterusnya hari ini ekoran ramalan turunan hujan lebat.

Sementara komuniti pedalaman di Pilbara, Barat Australia masih dalam langkah berwaspada puting beliung Stan menjejaki tenggara dan semakin lemah hari ini, pihak berkuasa pelabuhan di Dampier dan Pelabuhan Hedland, yang mana dari situ separuh bijih timah dunia dibawa dengan kapal, bersedia untuk membukanya semula setelah ditutup pada Jumaat lalu, jurucakap wanita pelabuhan memberitahu Reuters.

Lebih 37.5 juta tan bijih timah dibawa dengan kapal dari Pelabuhan Hedland pada Disember, perangkaan terkini menunjukkan, dengan kebanyakannya dihantar ke kilang keluli di China.

BHP Billiton Ltd, yang memindahkan para pekerja daripada operasi pelabuhannya, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa sebarang impak pada jualan pengeluaran akan dilaporkan dalam tempoh kajian operasi akan datang.

Pelombong lebih kecil Fortescue Metals Group, berkata dalam satu kenyataan bahawa penutupan semalam bahawa tidak ada perubahan pada garis pandu perkapalan syarikat itu, yang mengambil kira impak daripada cuaca puting beliung, tahun kewangan ini.

Puting beliung Stan adalah yang pertama dalam musim ini yang lazimnya berjalan selama enam bulan bermula 1 November. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA