Penduduk baiki jalan berlopak

Penduduk baiki jalan berlopak

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 20 Mei – Dalam sama-sama memupuk sikap perpaduan, nilai-nilai murni serta saling hidup bermasyarakat dan bertanggungjawab, para penduduk kampung di bawah tadahan Ketua Kampung Semabat, Lepong dan Temada telah mengadakan kerja gotong-royong membaiki jalan raya berlopak dan berlubang di kawasan kampung tersebut, hari ini.

Kerja-kerja membaiki kerosakan jalan raya di sekitar Kampung Semabat menghala ke Kampung Temada di daerah ini adalah bagi memudahkan dan melancarkan lagi perjalanan seharian.

Jalan tersebut yang dibaiki dengan menurapnya menggunakan batu kasar bukan saja digunakan oleh penduduk kampung malah kenderaan lain seperti bas-bas yang membawa pelajar sekolah menengah dan rendah berulang-alik setiap hari menggunakan jalan tersebut.

Sebahagian penduduk kampung yang ikut serta dalam kerja membaiki jalan berlubang di kampung tersebut.
Sebahagian penduduk kampung yang ikut serta dalam kerja membaiki jalan berlubang di kampung tersebut.

pg06_160521_b

Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab bersama dalam memastikan perjalanan setiap pengguna jalan raya itu selamat dan selesa, lebih-lebih lagi ketika hujan lebat yang mengakibatkan jalan berlopak menakung air yang mana ia boleh mengundang bahaya.

Menerusi inisiatif ini serta semangat gotong-royong sesama sendiri, ia dapat mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang lebih pemedulian, dapat memperkukuhkan silaturahim dan rasa kebersamaan.

ARTIKEL YANG SAMA