Penduduk Bangkok gempar kemunculan meteor

Penduduk Bangkok gempar kemunculan meteor

BANGKOK, 7 Sept (dpa) – Sebiji bebola api dilihat di ruang udara Bangkok semasa pagi hari yang sibuk hari ini sehingga mencetuskan kepanikan dalam kalangan penduduk tempatan dan menjadi hangat diperbincangkan dalam media sosial.

Bebola api itu dilihat oleh para penduduk di seluruh bandar sekitar jam 8:41 pagi (0141 GMT) memancar di langit dan kemudian meletup di ruang udara.

Fenomena sebegitu telah mencetuskan kepanikan dalam kalangan warga tempatan ketika beberapa daripadanya menyangka sebuah pesawat udara jatuh, sementara yang lain menyebarkannya dalam media sosial dengan mengatakan meteor atau tahi bintang telah terhempas ke sebuah helikopter.

“Apakah itu bebola api di langit atau kelihatannya seperti sebuah pesawat yang terjunam?” menurut tweet seorang penduduk tempatan.

Yang lain membuat spekulasi yang meteor itu merupakan petanda buruk kepada tentera kerajaan, yang mengundi pada Ahad untuk kekal berkuasa sehingga sekurang-kurangnya tahun 2017.

Para pakar, bagaimanapun, menegaskan bebola api itu hanyalah meteor biasa sahaja.

“Ia hampir-hampir menyerupai seperti batu berukuran besar terbakar di ruang udara kami,” bekas anggota Pasukan Hubble Space Telescope NASA, Phil Plait memberitahu dpa.

“Ia mengambil masa dua saat atau lebih daripada dapat dilihat sehingga ia menyala dan berkecai. Ia mungkin mempunyai sudut kemasukan titik panas.”

“Saya tidak percaya dalam ramalan buruk ini dan peristiwa seperti itu sering saja berlaku, beberapa kali dalam setahun,” kata Plait.