Penduduk dinasihat bertenang selepas gempa susulan

Penduduk dinasihat bertenang selepas gempa susulan

PADANG, Indonesia, 3 Mac (Reuters) – Gempa susulan yang kuat menggegarkan Indonesia pada awal hari ini selepas gempa bumi dasar laut yang kuat mencetuskan kebimbangan bencana seluruh rantau yang bersamaan dengan gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 lalu yang telah mengorbankan lebih daripada 200,000 orang.

Tiada laporan kematian atau kerosakan kepada bangunan pada malam gempa 7.8 magnitud Rabu lalu, yang menyebabkan keadaan panik di pulau pelabuhan Sumatera Padang apabila orang ramai cuba untuk pergi ke kawasan yang lebih tinggi apabila amaran tsunami dikeluarkan. Tiada kejadian tsunami berlaku.

Kehidupan seharian bermula seperti biasa pada waktu subuh di Padang, sebuah bandar yang berpenduduk kira-kira 1 juta orang, dan terdapatnya beberapa tanda-tanda kerosakan.

Agensi Meteorologi Negara berkata terdapat enam gempa susulan pada waktu malam, oleh itu penduduk dinasihati untuk bertenang.

Pesakit dan saudara-mara warga Indonesia berkumpul di luar sebuah hospital di Padang pada lewat hari Rabu lalu, selepas gempa bumi yang kuat melanda di luar pantai pulau Sumatra. – AFP
Pesakit dan saudara-mara warga Indonesia berkumpul di luar sebuah hospital di Padang pada lewat hari Rabu lalu, selepas gempa bumi yang kuat melanda di luar pantai pulau Sumatra. – AFP

“Kami tidak percaya bahawa akan adanya gempa bumi kekuatan yang lebih besar,” katanya dalam akaun Twitter. “Oleh itu, penduduk digesa untuk bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disampaikan.”

Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Negara berkata tiada sebarang tsunami, kecederaan atau kerosakan di sepanjang pantai, dan orang-orang telah kembali ke rumah mereka.

Kebimbangan warga untuk pergi ke kawasan tinggi pada petang Rabu lalu terjadi apabila adanya laporan gegaran yang berukuran 8.2 itu akan melanda dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran pemindahan di pembesar suara, radio dan TV. Pesakit di hospital di Padang dipindahkan dan terdapat kesesakan lalu lintas oleh kerana keadaan panik penduduk yang cuba untuk meninggalkan daerah itu.

Walau bagaimanapun, Kajian Geologi AS (USGS) menyemak semula bahawa gegaran itu berkurangan kepada 7.8 magnitud dan dalam masa dua jam selepas gempa bumi itu, amaran tsunami ditarik balik dan dibatalkan. USGS berkata pusat gempa itu berada pada 808 kilometer (502 batu) di barat daya Padang.

ARTIKEL YANG SAMA