Penduduk dipindah gunung berapi meletus

Penduduk dipindah gunung berapi meletus

TOKYO, 29 Mei (AFP) – Satu letusan gunung berapi di selatan Jepun memaksa pemindahan penduduk sebuah pulau hari ini, tatkala kepulan abu yang besar menjulang naik ke langit.

Gambar oleh Agensi Kaji Cuaca Jepun merakam saat-saat kepulan menjulang naik dari Gunung Shindake di selatan pulau Kuchinoerabujima.

Awan hitam itu mencecah setinggi 9,000 meter, kata agensi, dan diiringi oleh gempa bumi gunung berapi selama lima minit.

Gambar televisyen menunjukkan kesan lanjutan aliran piroklas, yang telah mengalir turun dari lereng gunung ke arah salah sebuah pelabuhan pulau.

Abu kelabu menyelubungi tembok ombak dan mengeruhkan air laut.

Rakaman video secara langsung dari kamera Agensi Meteorologi Jepun menunjukkan letusan gunung berapi Shindake di pulau Kuchinoerabujima, wilayah Kagoshima, 29 Mei. Gunung berapi itu meletus tiba-tiba hari ini, memuntahkan asap hitam tebal ke udara, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan pengosongan segera pulau itu. – Reuters

Gunung berapi itu terus memuntahkan wap pada petang tatkala abu putih mendap di kemuncak gunung, menjadikan mereka kelihatan seperti musim sejuk.

Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana berkata ia telah mengira kesemua 140 penghuni, dengan seorang lelaki tua mengalami kecederaan muka dan seorang lagi berasa loya.

Penduduk, yang telah dipindahkan ke hujung pulau, sedang menaiki bot pengawal pantai dan sebuah feri untuk keluar dari pulau.

Pemimpin komuniti Nobuaki Hayashi memberitahu penyiar awam NHK bagaimana letusan, yang berlaku pada kira-kira pukul 10:00 pagi telah menyekat cahaya pada pagi.

“Asap hitam naik agak tinggi, saya tidak dapat memberitahu berapa tinggi. Namun keadaan menjadi gelap di luar,” beritahunya kepada rangkaian penyiar itu.

ARTIKEL YANG SAMA