Penduduk Hawaii bersiap sedia hadapi Madeline

Penduduk Hawaii bersiap sedia hadapi Madeline

B

HILO, Hawaii, 31 Ogos – Dalam persediaan untuk menghadapi taufan yang diramalkan akan mendarat di Hawaii tahun ini, penduduk di Pulau Besar telah menyimpan bekalan makanan dan air serta mencari perlindungan untuk haiwan ternakan mereka.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran taufan ribut yang digelar Madeline telah mendarat di bahagian barat ke arah pulau itu semalam, menggesa penduduk segera melakukan persiapan untuk melindungi diri dan harta benda mereka daripada ramalan taufan yang dijangka akan mendarat dalam masa 36 jam akan datang.

Peggy Beckett, seorang pesara, berhenti di sebuah pasar raya Hilo untuk membeli dan mengambil beberapa bahan makanan untuk menambah bekalan makanan dalam tin di rumah mereka.

“Sebahagian mereka di pulau itu seakan tidak percaya bahawa ribut benar-benar dijangka akan berlaku berikutan dengan ramalan yang dikeluarkan,” kata Beckett.

Sebahagian dari penduduk telah membuat persiapan seperti meletakkan batu tambahan di tempat tinggal mereka sebagai persediaan menghadapi taufan tersebut.

Taufan Madeline, dalam kategori dua menurun daripada kategori tiga semalam, semakin berkurangan saat ia menghampiri pulau-pulau tersebut.

Tetapi ia dijangka akan kekal seperti taufan ketika ia melalui negeri itu, kata Chevalier.

Peramal menjangkakan Madeline melanda selatan Pulau Besar sekitar 02:00 Khamis. Tetapi jika landasan ribut beralih sedikit ke utara, keadaan akan menjadi lebih teruk. – AP

ARTIKEL YANG SAMA