Penduduk Islam di India meningkat

Penduduk Islam di India meningkat

NEW DELHI, 26 Ogos (Reuters) – Penganut agama Hindu di India telah menurun di bawah 80 peratus pada jumlah penduduk buat pertama kali sejak merdeka dan pihak media membuat spekulasi kerajaan sebelumnya membuat penangguhan dalam mengeluarkan data kerana ia menunjukkan meningkatnya penduduk Islam.

Anggota-anggota ahli parti memerintah Hindu di bawah Perdana Menteri Narendra Modi, yang mengambil alih pemerintahan negara tahun lepas, telah meluahkan kegusaran terhadap meningkatnya jumlah masyarakat Islam.

Data bancian itu menunjukkan penganut Hindu menurun ke 79.8 peratus di negara yang berjumlah 1.2 bilion orang itu pada 2011, berbanding 80.5 peratus sedekad lalu.

Penduduk Islam meningkat ke 14.2 peratus daripada 13.4 peratus pada 2001 satu-satunya kumpulan agama yang merekodkan peningkatan. Penganut Kristian kekal pada 2.3 peratus dan Sikh menurun ke 1.7 peratus daripada 1.9 peratus.

Sakshi Maharaj, sami Hindu yang kini seorang ahli politik, mengakibatkan satu kekecohan awal tahun ini apabila beliau berkata wanita Hindu perlu melahirkan empat orang anak bagi memastikan agama mereka bertahan.

Pada bancian pertama, dijalankan selepas Britain memerdekakan India dan Pakistan dari jajahan India pada 1947, penganut Hindu dicatatkan sebanyak 84.1 peratus dalam jumlah penduduk India.

Walaupun pertumbuhan penduduk perlahan pada kesemua kumpulan agama, India kekal akan mengatasi China untuk menjadi jumlah penduduk teramai di dunia menjelang 2022, menurut ramalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jumlah penduduk India meningkat hampir satu perlima ketika tempoh di antara dua banci lepas, membebankan bekalan tanah, makanan dan air dan mengembungkan jumlah bekerja tidak memenuhi kelayakan serta tenaga kerja yang kurang mahir.

ARTIKEL YANG SAMA