Penduduk kampung guna beg pasir untuk perlindungan

Penduduk kampung guna beg pasir untuk perlindungan

HINTHADA, Myanmar, 6 Ogos – Presiden Myanmar hari ini meminta pemindahan penduduk di kawasan tanah pamah tatkala sungai Irrawaddy mengancam memecah tebing, meninggalkan penduduk kampung dengan beg pasir untuk menahan air yang telah melanda kebanyakan negara.

Banjir akibat musim monsun lebat telah melanda sebahagian besar negara Asia Selatan dan Tenggara dalam beberapa minggu ini, meragut beratus nyawa dan menyebabkan berjuta-juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Dua belas daripada 14 rantau Myanmar telah terjejas, dengan pegawai berkata 74 orang telah terbunuh dan lebih 330,000 terjejas – kebanyakannya dipaksa berpindah ke biara dan tempat perlindungan sementara lain selepas rumah mereka dibanjiri.

Dalam satu gambar yang kabur disebabkan kerosakan komunikasi, agensi bantuan berkata banjir telah surut di beberapa kawasan utara dan barat sekali gus membenarkan bekalan makanan dan air bersih dibawa masuk, walaupun runtuhan tanah masih menimbulkan ancaman.

Pemandangan umum menunjukkan sebuah rumah tenggelam dalam bajnir di bandar Kyouk Ye berhampiran bandar Hinthada di kawasan Irrawaddy, Myanmar, 6 Ogos. – AFP
Pemandangan umum menunjukkan sebuah rumah tenggelam dalam bajnir di bandar Kyouk Ye berhampiran bandar Hinthada di kawasan Irrawaddy, Myanmar, 6 Ogos. – AFP

Kawasan tengah dan selatan kini sedang bersiap sedia menghadapi banjir tatkala air mengaliri menerusi delta Irrawaddy. Dalam satu mesej yang disiarkan di radio pada awal hari ini, Presiden Thein Sein berkata kawasan berhampiran Irrawaddy menghadapi risiko tatkala sungai naik “melebihi tahap berbahaya.”

“Memandangkan kami tidak dapat menghalang bencana semula jadi, saya meminta rakyat supaya berpindah ke tempat lebih selamat, ia adalah cara terbaik,” kata beliau, menambah bandar Hinthada dan Nyaung Dom di sepanjang sungai tidak menghadapi risiko. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA