Penduduk Kg Keriam eratkan silaturahim

Penduduk Kg Keriam eratkan silaturahim

Oleh Hazman HM

 

TUTONG, 2 Ogos – Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Keriam, kelmarin, mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Serba Guna Sekolah Rendah Keriam, Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar serta isteri.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Keriam, Haji Morshidi bin Haji Mahadi, ahli-ahli PESAKA dan MPK Keriam serta penduduk Kampung Keriam.

Majlis yang diserikan dengan persembahan nyanyian, tarian dan fesyen pakaian kanak-kanak itu merupakan acara tahunan PESAKA dan MPK Keriam dengan tujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dalam kalangan penduduk Kampung Keriam.

Tetamu Kehormat (4 dari Kiri) terhibur menyaksikan persembahan.
Tetamu Kehormat (4 dari Kiri) terhibur menyaksikan persembahan.
Salah satu persembahan tarian oleh belia PESAKA.
Salah satu persembahan tarian oleh belia PESAKA.

Pengerusi Tetap PESAKA, selaku pengerusi bersama majlis, Awang Roslin bin Suhaile, dalam ucapan alu-aluannya berkata, dengan adanya sambutan seumpama ini memberikan peluang kepada para penduduk kampung yang tidak berkesempatan mengunjungi rumah saudara mara dan sahabat handai khususnya di Kampung Keriam untuk bersalaman dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

ARTIKEL YANG SAMA