Penduduk Naraha kembali selepas 5 tahun

Penduduk Naraha kembali selepas 5 tahun

NARAHA, 3 Mac (Reuters) – Tokuo Hayakawa membawa satu dosimeter bersamanya di kuil berusia 600 tahun di Naraha, bandar pertama di ‘zon larangan’ Fukushima yang dibuka sepenuhnya sejak bencana pada Mac 2011 di Jepun.

Hayakawa ialah salah seorang penduduk yang pulang ke bandar pertanian ini sejak ia mulai mengalu-alu kepulangan pelarian nuklear lima bulan lalu. Bandar itu, di pinggir zon pemindahan 20 kilometer di sekitar kilang Fukushima Daiichi, sepatutnya dijadikan model pembinaan semula.

Lima tahun lalu, salah satu gempa bumi terbesar dalam sejarah melanda kawasan timur laut negara. Tsunami setinggi 10 meter merempuhkilang tenaga di pinggir laut Fukushima sekaligus mencetuskan satu peleburan dan memaksa perpindahan penduduk bandar berhampiran.

Hayakawa menunjukkan gambar cucunya semasa dia bercakap kepada Reuters di kuil di Naraha. - Reuters
Hayakawa menunjukkan gambar cucunya semasa dia bercakap kepada Reuters di kuil di Naraha. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA