Penduduk risau lampu jalan tidak berfungsi

Penduduk risau lampu jalan tidak berfungsi

Oleh Lyna Mohamad

Gambar oleh Hardy AJ

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Penduduk di Jalan Bukit Sinadur, Kampung Panchor Mengkubau sekali lagi telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai keadaan gelap di kawasan perumahan selepas lampu jalan tidak berfungsi sejak seminggu lalu walaupun telah melaporkan masalah tersebut kepada pihak relevan pada Isnin lalu.

Menurut salah seorang penduduk bahawa mereka telah mengawasi bagi sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan, yang cuba untuk mengambil kesempatan ke atas keadaan gelap di kawasan itu sekali gus menyebabkan sesetengah penduduk tidak dapat tidur nyeyak pada waktu malam dan menyebabkan keletihan terutamanya mereka yang berkerjaya kerana mereka perlu bangun awal untuk pergi bekerja pada keesokan harinya.

“Dengan keadaan kawasan jalan raya yang gelap-gelita, ia sememangnya amat membimbangkan bagi kami semua kerana pernah berlakunya kes kecurian di kawasan kami serta jalan kawasan jiran memandangkan orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas kawasan gelap berkenaan,” tambah beliau.

Lampu jalan di kawasan Jalan Bukit Sinadur, Kampung Panchor Mengkubau yang sudah tidak berfungsi sejak seminggu lalu yang boleh membawa kepada sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan.
Lampu jalan di kawasan Jalan Bukit Sinadur, Kampung Panchor Mengkubau yang sudah tidak berfungsi sejak seminggu lalu yang boleh membawa kepada sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan.

Sebelumnya, penduduk juga telah memfailkan aduan mengenai isu lampu jalan tersebut tetapi tiada tindakan dilakukan sehingga mereka mencapai kata sepakat untuk bertindak dengan menyalakan lampu jalan tersebut di papan suis tenaga elektrik utama, yang menyebabkan lampu jalan tersebut berfungsi sepanjang masa kerana tanpa penentu masa.

Setelah mengemukakan aduan dan melihat tiada respon daripada pihak relevan untuk mengambil tindakan dan menyelesaikan isu berkenaan, mereka akhirnya mengemukakan isu tersebut kepada media dengan harapan masalah berkenaan dapat diatasi secepat mungkin.

ARTIKEL YANG SAMA