Penduduk RPN Kg Panchor mula terima kurma

Penduduk RPN Kg Panchor mula terima kurma

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Pengagihan Buah Kurma Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kini giat dilaksanakan sebelum kedatangan bulan Ramadan yang tidak lama lagi.

Penduduk Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mengkubau mulai menerima ‘Kurma Kurnia Peribadi’ masing-masing bermula hari ini hingga 31 Mei 2016 yang boleh diperolehi di rumah nombor 12, Simpang 49, Jalan Sungai Carana.

Hari ini, pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Baginda Sultan bermula jam 6 petang hingga 9 malam, manakala itu, esok sehingga 31 Mei, pengagihannya bermula dari jam 2 petang hingga 9 malam kecuali Jumaat yang akan dimulakan dari jam 3 petang hingga 9 malam.

Buah Kurma Kurnia Peribadi Baginda Sultan ini dikhususkan kepada penduduk yang beragama Islam saja, manakala itu, bagi pegawai dan anggota ABDB dan pasukan Polis Diraja Brunei hendaklah mengambil kurma kurnia tersebut di tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Selepas 31 Mei 2016, kurma kurnia akan dikembalikan ke kediaman Pemangku Ketua Kampung Panchor Mengkubau.

ARTIKEL YANG SAMA