Penduduk Taiwan pilih Jepun sebagai destinasi utama

Penduduk Taiwan pilih Jepun sebagai destinasi utama

TAIPEI, 21 Julai – Satu undian telah menunjukkan rekod 56 peratus penduduk Taiwan memilih Jepun sebagai negara luar atau rantau yang paling mereka sukai, lapor Jiji Press Jepun, memetik pejabat Taiperi bagi Persatuan Pertukaran Jepun.

Jepun telah memperoleh tempat teratas buat kali kelima berturut-turut sejak bermulanya undian itu pada 2008, dijalankan oleh pertubuhan yang bertindak sebagai penasihat kedutaan Jepun untuk meninjau sentimen rakyat Taiwan terhadap Jepun.

Dalam kaji selidik terkini, Jepun adalah lebih terkenal berbanding negara-negara lain.

China yang berada di ranking kedua dengan sokongan enam peratus, diikuti lima peratus bagi AS dan dua peratus bagi Singapura.

Sokongan bagi Jepun meningkat dari 43 peratus dalam kaji selidik sebelumnya yang dijalankan pada 2012.

Responden-responden muda berumur di antara 20 dan 39 tahun mempunyai tanggapan yang menggalakkan terhadap Jepun.

Ditanya negara mana Taiwan perlu membuat hubungan rapat bersama, 39 peratus memilih Jepun, meninggalkan China buat pertama kali. China memenangi 22 peratus sokongan.

Jepun juga dikatakan sebagai destinasi pelancongan paling terkenal luar negara dan majoriti responden berkata hubungan negara Jepun-Taiwan dalam keadaan baik, menurut kaji selidik itu.

“Satu peningkatan dalam pengembaraan orang ramai di antara Jepun dan Taiwan berkemungkinan mempunyai kesan-kesan positif pada keputusan-keputusan itu,” menurut pertubuhan rasmi.

Kaji selidik itu dijalankan di antara 15 Jan dan 2 Februari, meliputi beberapa 1,000 orang berumur di antara 20 dan 80 tahun. – NNN