Penduduk tetap didenda akibat minuman keras

Penduduk tetap didenda akibat minuman keras

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161019_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Seorang lelaki penduduk tetap diberi tempoh sehingga 31 Mac tahun depan untuk membayar denda $700 yang dijatuhi Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki minuman keras yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.

Victor Chiuh Vui Ted, 19, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid kerana memiliki 96 tin dan dua botol minuman keras di dalam kereta yang dipandunya, pada 24 September 2016.

Dia ditahan oleh pegawai kastam bertugas di Pos Kawalan Kuala Lurah yang menemui minuman keras itu di dalam but kereta apabila pemeriksaan dijalankan.

Cukai yang seharusnya dibayar oleh defendan untuk membawa masuk minuman keras itu ialah $113.

ARTIKEL YANG SAMA