Penduduk Vanuatu berjaga-jaga, ribut Ula bakal melanda

Penduduk Vanuatu berjaga-jaga, ribut Ula bakal melanda

PERTH, 10 Jan (Reuters) – Para penduduk di Vanuatu mencari tempat perlindungan ketika puting beliung kategori empat membawa hujan lebat dan angin kuat ke kawasan sama yang telah dimusnahkan oleh puting beliung terbesar dalam sejarah pulau Selatan Pasifik negara itu tahun lepas, menurut pekerja bantuan hari ini.

Penguatkuasaan pengurusan bencana telah mengeluarkan amaran kepada penduduk pulau di Tafea, salah satu daripada enam wilayah Vanuatu yang paling selatan, menurut jurucakap CARE Australia kepada Reuters.

“Kebanyakan orang berteduh di sekolah-sekolah dan gereja, satu-satunya bangunan kekal di pulau ini,” kata Sam Bolitho. “Yang lain juga berlindung di dalam gua.”

Mata ribut, Ula, dijangka akan melintasi mana-mana pulau itu namun lingkaran puting beliung akan mengakibatkan kerosakan, kata Bolitho dalam satu e-mel.

Para penduduk akan berdepan angin kencang kira-kira 165km sejam, di samping banjir kilat, tanah runtuh dan ribut membadai.

Mac lalu, puting beliung tropika Pam, ribut kategori lima, klasifikasi paling tinggi, menghapuskan lebih 90 peratus tanaman Vanuatu, memusnahkan rumah dan rangkaian bekalan elektrik, membunuh 11 orang dan mengganggu kehidupan lebih 252,800 orang.

“Kali ini, penduduk mengambil langkah berwaspada,” kata Inga Mepham, pengarah program CARE Vanuatu, menambah bahawa agensi bantuan sedang bekerja sama dengan penguat kuasa bencana untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga.

ARTIKEL YANG SAMA