Penduduk Xinjiang buat pasport berserta DNA

Penduduk Xinjiang buat pasport berserta DNA

BEIJING, 8 Jun – Para penduduk di daerah sempadan di rantau Xinjiang, China yang kebanyakan penganut Islam kini terpaksa memberikan sampel DNA apabila hendak memohon pasport, menurut media tempatan rasmi.

Bermula 1 Jun, para penduduk di Wilayah Autonomi Yili Kazakh di barat laut jauh China perlu memberi sampel DNA kepada polis, cap jari, cetakan suara dan ‘imej tiga dimensi’ untuk memohon bagi dokumen perjalanan tertentu, menurut akhbar rasmi Yili Daily, memetik biro keselamatan awam tempatan.

Kebanyakan anggota bagi komuniti Uighur Islam di Xinjiang mengadu diskriminasi – termasuk penafian aplikasi pasport – serta kawalan ke atas kebudayaan dan agama mereka.

Dasar baru itu – yang berkuat kuasa sebelum bulan suci Ramadan bermula Isnin – berkaitan dengan permohonan bagi pembaharuan pasport, permit masuk ke Taiwan, dan permit dua hala ke Hong Kong dan Macau, menurut akhbar itu lagi.

Bagi mereka yang gagal untuk memenuhi peraturan itu akan tidak diberikan dokumen, tambahnya.

Wilayah Yili bersempadan dengan Mongolia, Rusia dan Kazakhstan.

Ia adalah sebahagian daripada tanah air Xinjiang yang mempunyai lebih daripada 10 juta minoriti Uighur. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA