Penebang maut dihempap pokok

Penebang maut dihempap pokok

KINABATANGAN, 5 Sept – Seorang tukang tebang pokok maut selepas dihempap pokok yang ditebangnya di Hutan Kuamut di sini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata mangsa dikenali sebagai Barau anak Rengie, 72, dari Kampung Karamunting, Sandakan.

Beliau berkata kemalangan itu disedari apabila mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat di Sandakan telah keluar bekerja pada pukul 6 pagi Sabtu lepas tetapi tidak pulang hingga pukul 6 petang.

Pengurus syarikat itu kemudiannya membawa beberapa pekerjanya untuk mencari mangsa dan mereka menjumpai mayat mangsa yang dihempap sebatang pokok tumbang pada pukul 4 pagi semalam, katanya.

A. Sahak berkata anak lelaki mangsa memberitahu bapanya turut menghidap sakit lemah jantung. – Bernama