Penelitian dibuat agar subsidi berdaya tahan

Penelitian dibuat agar subsidi berdaya tahan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Subsidi atau bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan bertujuan untuk meringankan beban sara hidup bagi golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan.

Dalam hal ini, kerajaan akan sentiasa meneliti segala bentuk bantuan, skim dan subsidi bagi memastikan ia mencapai matlamat pelaksanaan secara berkesan.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada Majlis Permesyuaratan ke-12, Majlis Mesyuarat Negara yang memasuki hari keempat hari ini.

Menurut Yang Berhormat Pehin, penelitian dibuat bagi memastikan perbelanjaan bagi tujuan ini adalah berdaya tahan dan tidak membebankan kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang.

pg01_160310_MMN-_Logo

Ini selaras dengan dasar kerajaan yang mahukan pembangunan inklusif di mana kemajuan dan kesejahteraan dicapai negara dapat dinikmati semua.

Yang Berhormat Pehin turut menyeru orang ramai untuk membantu usaha kerajaan berjimat cermat dan mengurangkan kemudahan penggunaan yang bersubsidi seperti minyak, tenaga elektrik, air dan sebagainya.

“Sebarang penjimatan bukan sahaja meringankan beban kerajaan malahan penjimatan itu membawa kepada produktiviti yang lebih baik seperti dalam ekonomi dan sebagainya,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA