Penemuan air bangkit teori wujud planet seperti Bumi

Penemuan air bangkit teori wujud planet seperti Bumi

PARIS, 7 Mei (AFP) – Jumlah banyak air mungkin wujud pada pelbagai cakerawala angkasa lepas, menurut satu kejadian hari ini yang membangkitkan kemungkinan secara teori terdapat planet lain seperti Bumi yang menunjukkan sumber yang memberi kehidupan.

Penemuan itu, yang disiarkan oleh Royal Astronomical Society, berdasarkan penemuan ‘kuantiti banyak’ hidrogen dan oksigen, dua bahan kimia air, di atmosfera bintang kerdil putih.

Penemuan itu, berdasarkan pemerhatian oleh William Herschel Telescope di Kepulauan Canary, mendedahkan kuantiti air yang ditemui di Bumi adalah tidak unik, menurut kenyataan dari Universiti Warwick, Britain, yang angkasawannya telah membuat penemuan itu.

“Penghantaran air melalui asteroid atau komet mungkin mengambil tempat di kebanyakan sistem planet lain, seperti ia berlaku di Bumi,” katanya lagi.

“Penemuan penyelidikan itu menambah sokongan seterusnya pada kemungkinan air boleh dihantar ke planet seperti Bumi melalui cakerawala seumpama itu (seperti asteroid atau komet) untuk mewujudkan suasana sesuai bagi pembentukan kehidupan.”

Penemuan terbaru ini menyokong pandangan lama bahawa lautan Bumi diwujudkan melalui impak dari komet atau asteroid yang kaya air, menurut ketua penyelidik Roberto Raddi.

Bintang kerdil putih, iaitu bintang meningkat tua yang semakin berkurang, pernah menyimpan air kira-kira 30-35 peratus yang ditemui di lautan Bumi, mungkin dihantar dalam impak asteroid.

“Penyelidikan kami mendapati bahawa selain daripada unik, asteroid yang kaya air yang serupa dengan yang ditemui dalam sistem solar kita nampaknya kerap,” kata Raddi.

Rakannya, Boris Gansicke menambah kata, “Terdapat banyak bintang kerdil putih yang mempunyai jumlah banyak hidrogen dalam atmosferanya dan kajian baru ini menunjukkan ini adalah bukti bahawa asteroid atau komet yang kaya air adalah sama sekitar bintang lain dari matahari.”

ARTIKEL YANG SAMA