Penemuan panda merah diragui

Penemuan panda merah diragui

YANGON, 15 Feb – Kisah mengenai panda yang diselamatkan dan kemudiannya didermakan kepada zoo Mandalay, mencetuskan keraguan selepas seorang pakar berkata gambar panda itu menunjukkan ia hampir sama dengan beruang hitam.

‘Panda Himalaya,’ gelaran yang digunakan bagi panda warna merah itu dan hanya ditemui di kawasan terpencil negeri Shan berhampiran sempadan Thailand, menurut Global New Light of Myanmar.

“Panda kecil itu didermakan kepada Mandalay Yadanaporn Zoological Garden,” menurut laporan yang memetik pegawai tempatan dan jabatan perhutanan. Namun gambar yang kelihatan pada artikel itu menunjukkan haiwan itu berwarna hitam dari hidung hingga ke kaki.

“Melihat gambar itu, ia bukanlah seekor panda, ia hanyalah beruang Himalaya ditemui di Myanmar,” kata seorang pegawai dari bahagian pemuliharaan hidupan liar memberitahu AFP tanpa memberikan namanya.

Panda juga tidak ditemui di negeri Shan, katanya. “Kami mempunyai panda merah di sebahagian utara, tetapi saya tidak tahu berapa banyak,” tambahnya.

Keraguan itu juga tersebar dalam media sosial.

Menurut International Union for Conservation of Nature (IUCN) haiwan itu yang disenaraikan sebagai spesies terancam, hanya boleh ditemui di utara negeri Kachin berhampiran sempadan China. -AFP

ARTIKEL YANG SAMA