Penemuan rahsia serangan 11/9 akan didedahkan

Penemuan rahsia serangan 11/9 akan didedahkan

WASHINGTON, 12 Jun (AFP) – Ketua CIA John Brennan semalam berkata, penemuan rahsia dari penyiasatan kongres pada tahun 2002 ke atas serangan 11 September seharusnya tidak dijadikan bukti rasmi persubahatan Saudi.

Keputusan dijangkakan kelak tentang sama ada untuk mengeluarkan bahagian yang dikelaskan yang mempunyai 28 muka surat tentang laporan jawatankuasa perisikan Dewan dan Senat. Bekas senator Bob Graham, yang mengetuai jawatankuasa perisikan Senat pada ketika itu, mengatakan bahawa para pegawai-pegawai Saudi telah memberi bantuan kepada para perampas 11 September dan berkata 29 muka surat itu seharusnya didedahkan.

“28 muka surat ini , saya percaya ia akan didedahkan, saya berpendapat adalah baik ia didedahkan. Tetapi orang ramai seharusnya tidak menjadikannya sebagai bukti persubahatan Saudi dalam serangan itu,” Brennan berkata dalam temu bual dengan Al-Arabiya, saluran berita televisyen Saudi.

Dia mengatakan bahawa laporan dikemukakan setahun selepas para perampas Al-Qaeda menerbangkan pesawat udara dan merempuh Pusat Dagangan Dunia, Pentagon dan sebuah ladang di Pennsylvania, yang mengorbankan hampir 3,000 orang.