Penentang ker...

Penentang kerajaan ikrar adakan bantahan besar

CARACAS, 20 April – Para penentang kerajaan Venezuela berikrar mengadakan bantahan besar yang baru hari ini, dengan menambah taruhan dalam usaha mereka untuk menyingkirkan Presiden Nicolas Maduro selepas sehari pertempuran yang membawa maut di negara yang kaya minyak itu tetapi berdepan sekatan.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun terbunuh selepas ditembak semalam ketika bantahan besar-besaran dan seorang tentera di luar Caracas dikatakan telah terbunuh, yang menjadikan angka kematian kepada lapan orang bulan ini dalam krisis politik yang meningkat.

Polis rusuhan telah melepaskan gas pemedih mata supaya para penunjuk perasaan yang melontar batu berundur, ketika beratus-ratus ribu orang yang sudah bosan dengan kekurangan makanan dan menuntut pilihan raya, menyertai perarakan bantahan di Caracas dan di beberapa bandar lain. Beribu-ribu penyokong Maduro mengatakan perhimpunran balas di tengah Caracas. Pihak pembantah menuduh Maduro membiarkan pasukan kerajaan dan kumpulan-kumpulan samseng bersenjata dengan ganas menindas para penunjuk perasaan ketika beliau menolak tekanan pembangkang supaya beliau meletak jawatan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun ketika menentang Presiden Venezuela Nicolas Maduro di Caracas kelmarin. Para penentang kerajaan Venezuela telah berikrar mengadakan bantahan besar yang baru bagi menyingkirkan Presiden Nicolas Maduro selepas sehari pertempuran yang membawa maut di negara itu. – AFP
Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun ketika menentang Presiden Venezuela Nicolas Maduro di Caracas kelmarin. Para penentang kerajaan Venezuela telah berikrar mengadakan bantahan besar yang baru bagi menyingkirkan Presiden Nicolas Maduro selepas sehari pertempuran yang membawa maut di negara itu. – AFP

Beberapa gangguan berterusan hingga ke malam dengan laporan berlaku pencurian-pencurian di kedai membuat roti, pasar raya dan pusat-pusat makanan di barat Caracas. Di sebalik keganasan maut semalam itu, para penentang beliau telah memperlihatkan keazaman mereka untuk meningkatkan tekanan dengan menggesa supaya diadakan bantahan yang dibaharui hari ini.

“Hari ini terdapat berjuta-juta orang kami,” ketua kanan pembangkang, Henrique Capriles memberitahu sidang media lewat semalam.

“Malah esok lebih ramai lagi kami perlu keluar.” – AFP