Penentuan perlawanan Piala Presiden dan Piala Persatuan

Penentuan perlawanan Piala Presiden dan Piala Persatuan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI EBGAWAN, 15 Jun – Pengurus-pengurus pasukan Kejohanan Bola Sepak Veteran Kebangsaan DST 2016 bagi Piala Presiden dan Piala Persatuan Bola Sepak, hari ini, mengadakan persidangan yang diselajurkan dengan proses pengundian perlawanan yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas, di sini.

Hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden VFA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Haji Metusin Bagol yang turut menyampaikan ucapan sebelum diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha Agung VFA, Awang Jabar Ithnin.

Turut menghadiri majlis itu ialah Presiden VFA, Liew Chuan Fue, Timbalan Setiausaha Agung VFA, Awang Mohd Ali Sabri Haji Abang, Timbalan Bendahari Agung VFA, Awang Jefrey Haji Ali Ahmad serta barisan pengurusan dan perwakilan kelab-kelab yang menyertai kejohanan kali ini.

Mengikut hasil undian, Pasukan Al-Idrus akan menentang Pasukan Besa FC, Stone Ville melawan Oldstars, Rimba Star FC melawan KB Warriors, BIP FT melawan Mohais FC, MPK PB melawan I team, KPPKSK melawan PSJD, RB Veterans melawan XN FT dan IKLS Veterans melawan MIISA United FC.

Kesemua perlawanan akan diadakan pada 22 dan 24 Jun 2016 nanti sementara hanya satu perlawanan sahaja yang sudah mendapat penetapan tarikh dan tempat iaitu perlawanan antara Pasukan Stoneville FC menentang Pasukan Oldstars pada 24 Julai 2016 di Kompleks Sukan Batu Apoi.

Pengurus-pengurus pasukan bergambar bersama pihak pengurusan kejohanan di akhir majlis itu.
Pengurus-pengurus pasukan bergambar bersama pihak pengurusan kejohanan di akhir majlis itu.

Format perlawanan adalah kalah mati dan bagi perlawanan yang seri setelah waktu kecederaan tiada masa tambahan akan diberikan dan perlawanan akan ditentukan melalui lima sepakan penalti bagi setiap pasukan.

Mengulas mengenai perkembangan itu, menurutnya lagi VFA mengambil inisiatif menyalurkan kira-kira 25 pengadil veteran di dalam beberapa siri kejurulatihan dan mereka akan bertugas bermula pada pusingan kalah mati ini nanti.

Selain daripada itu, beliau turut mengulas mengenai pusingan kedua Piala Presiden yang akan berlangsung di beberapa lokasi termasuk Kompleks Sukan Sungai Kebun, Kompleks Sukan Menglait, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Kelab Rekreasi Brunei Shell, Kelab Rekreasi Diraja Brunei dan Kompleks Sukan Batu Apoi.

Pada 29 julai Pasukan I Team akan menentang Manggis FC, Besa FC akan menentang TJ FT, XN FT akan menentang IKLS Veterans dan Rimba Stars akan menentang Pasukan AKSE Bersatu dan pada 31 Julai Pasukan RB Veterans akan menentang Pasukan Riwayat FC, BSRC akan menentang Pasukan Kilugus FC, Stonville FC menentang pasukan Al-Idrus dan Mohais FC akan menentang Pasukan Oldstars.

ARTIKEL YANG SAMA