Penerbangan Air India kendalian wanita

Penerbangan Air India kendalian wanita

NEW DELHI, 6 Mac (dpa) – Penerbangan kerajaan India, Air India sedang mengoperasikan apa yang didakwanya akan menjadi penerbangan paling terpanjang di dunia yang hanya dianggotai oleh kakitangan wanitanya dari New Delhi ke San Francisco untuk menandakan Hari Wanita Antarabangsa.

Sepasukan terdiri daripada empat juruterbang dan 10 kru kabin menaiki Boeing 777-LR yang berlepas dari Delhi awal hari ini, kata jurucakap penerbangan G Prasada Rao.

Penerbangan tanpa henti itu akan meliputi kira-kira 12,300 km dalam masa sekitar 16 jam. Ia akan kembali pulang semasa Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac.

Operasi penerbangan sepenuhnya itu termasuk pemeriksaan daftar masuk, operator pengendalian darat dan kawalan trafik yang dikendalikan oleh wanita.

“Kami akan memfailkan Guinness Record nanti bagi penerbangan terpanjang di dunia yang dioperasi oleh semua wanita,” kata Rao.

Penerbangan itu mengadakan pengiklanan akhbar hari ini yang mendakwa penerbangan semua wanita itu merupakan satu rekod dan ia akan mengoperasikan 22 penerbangan bersama semua kru wanita pada 8 Mac.

“Penerbangan itu satu simbol kuasa wanita dan akan merangsang wanita untuk melangkah keluar dari zon selesa dan berjaya dalam arena yang didominasi kaum lelaki,” kata juruterbang Ramya Kirti Gupta kepada siaran NDTV sebelum belepas.

ARTIKEL YANG SAMA