Penerbangan dibatalkan, Nida menghampiri

Penerbangan dibatalkan, Nida menghampiri

HONG KONG, 1 Ogos – Hong Kong lumpuh hari ini ketika Taufan Nida berpusar ke arah pesisir selatan China, dengan lebih daripada 100 penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup.

Pihak berkuasa dijangka menaikkan isyarat taufan ‘T8″—yang ketiga tertinggi—pada waktu malam ketika taufan itu semakin menghampiri bandar raya itu, membawa angin kencang 120kmsj.

Syarikat penerbangan utama Cathay Pacific dan subsidiarinya, Dragonair membatalkan semua penerbangan masuk dan keluar dari bandar selatan China itu selama 16 jam.

“Taufan Nida menghampiri Hong Kong,” menurut satu kenyataan bersama dikeluarkan dua syarikat penerbangan itu.

“Penerbangan dan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akan digantung dari jam 10 pagi hingga 2 petang pada Selasa. Ia termasuklah lebih daripada 100 buah pesawat,” kata seorang jurucakap Cathay Pacific.

Nida akan menjadi taufan besar pertama musim ini melanda Hong Kong yang sering kali dihempas siklon tropika pada musim panas.

Taufan dijangka melanda pesisir selatan China selepas ia membawaan angin kencang dan hujan lebat ke utara Filipina pada hujung minggu.

Pihak berkuasa Hong Kong juga menutup sekolah tadika dan institusi pembelajaran khas hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA