Penerbangan ditangguh, kebakaran di lapangan terbang Moscow

Penerbangan ditangguh, kebakaran di lapangan terbang Moscow

MOSCOW, 3 Sept (AFP) – Lapangan terbang antarabangsa utama Moscow dikosongkan sementara pagi tadi, dan sekitar 40 penerbangan telah ditangguhkan, selepas kebakaran meletus di kawasan pengendalian bagasi.

Kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, yang dikatakan berpunca daripada litar pintas elektrik, segera dikawal, menurut kementerian situasi darurat.

“Pada 8:10 pagi (0510 GMT), kebakaran berjaya dipadamkan. Tidak ada penangguhan bagi pesawat yang tiba namun terdapatnya penangguhan pada penerbangan yang hendak berlepas,” menurut seorang pegawai kementerian itu dipetik sebagai berkata oleh agensi berita kerajaan TASS.

Pihak berkuasa mengatakan hampir 3,000 penumpang telah dipindahkan selepas kebakaran merebak di seluruh kawasan berukuran kira-kira 20 meter persegi.

“Sebaik saja asap berjaya dikawal dan kami memeriksa bangunan tersebut, lapangan terbang beroperasi semula seperti biasa,” menurut pegawai kementerian kecemasan, menambah penumpang akan dibenarkan ‘kemudian’ untuk kembali ke terminal ketibaan.

Sekitar 40 penerbangan tertangguh, menurut Ria Novosti, agensi berita kerajaan yang lain.