Penerbangan Ihsan Bomba Miri Bawa Doktor Sakit

Penerbangan Ihsan Bomba Miri Bawa Doktor Sakit

MIRI, 30 Dis (Bernama) –Unit Udara Bomba Miri hari ini melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang doktor wanita dari Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kong berkata penerbangan ihsan menggunakan helikopter itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 7.15 malam ini setelah bertolak dari Miri pada 4.40 petang.

Berdasarkan maklumat rakan sekerjanya, Dr Lily Wong Li Yeon, 27, diterbangkan ke Kuching untuk mendapatkan rawatan setelah berlaku pendarahan dalaman di kepalanya, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata permohonan untuk membawa pesakit itu dibuat pada 2.25 petang tadi.