Penerbangan India dilencongkan

Penerbangan India dilencongkan

MUMBAI, 28 Julai – Penerbangan tambang murah India IndiGo dipaksa untuk melencongkan penerbangan antarabangsanya hari ini selepas seorang penumpang yang sukar dikawal duduk di troli makanan pesawat itu sebelum menyerang seorang lagi penumpang, katanya.

Penerbangan awal pagi itu dari Dubai ke Calicut, di selatan negeri India, Kerala, dilencongkan ke Mumbai di mana penumpang itu diturunkan dan diserahkan kepada pihak polis, menurut IndiGo dalam satu keterangan. “Sedikit masa lagi sebelum mendarat, seorang penumpang… mula berkelakuan tidak senonoh kepada anak-anak kapal. Dia melompat ke troli makanan dan duduk di atasnya,” tambah keterangan itu lagi.

“Penumpang ini selepas turun dari troli itu, tiba-tiba menjadi ganas dan mula mengganggu penumpang lain,” tambah keterangan itu.

Penerbangan itu kemudian mendarat di Calicut, juga dikenali sebagai Kozhikode, kira-kira dua jam di belakang jadual. IndiGo, dikenali dengan pendekatan tanpa perkhidmatan tambahannya, mengawal hampir 40 peratus pasaran penerbangan India, saham terbesar dari mana-mana penerbangan. Ia merupakan penerbangan yang menguntungkan negara secara konsisten.

Pada Mei lepas, ia menggantung kerja dua juruterbang mereka kerana mencuba untuk mendaratkan pesawat mereka di jalan raya yang mereka fikir sebuah landasan di negeri utara India, Rajasthan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA