Penerbangan IndiGo terima ancaman bom

Penerbangan IndiGo terima ancaman bom

NEW DELHI, 24 Mac (Reuters) – Sembilan daripada 10 pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan IndiGo India, telah menerima ancaman bom kelmarin, dimana selepas pemeriksaan dijalankan, tiada benda yang mencurigai ditemui, kata seorang pegawai polis memberitahu Reuters.

Sebuah penerbangan domestik yang sebelumnya mendarat di ibu negara India, New Delhi dari Jammu masih sedang diperiksakan kata Dinesh Kumar Gupta, Timbalan Pesuruhjaya polis di lapangan terbang Antarabangsa Indira Gandhi di ibu negara.

IndiGo, sebuah syarikat penerbangan yang dikendalikan oleh InterGlobe Aviation Ltd, berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan dan kesemua penumpang dalam keadaan selamat. Jurucakap berkata hanya tiga penerbangan telah diperiksa.

Syarikat itu telah menerima panggilan telefon mengenai ancaman bom di beberapa pesawatnya pada awal hari ini.

Ancaman bom berlaku sehari selepas dua adik-beradik yang menjalankan serangan berani mati di lapangan terbang Brussels dan ibu negara metro Belgium pada hari Selasa lalu, yang membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.

ARTIKEL YANG SAMA